Laporan Ringkas Majlis Pelancaran Kempen Ramadhan Shahrul Musawwah

Salam semua,

Alhamdulillah majlis pelancaran Kempen Ramadhan Shahrul Musawwah (KRSM) berjalan dengan lancar dan berjaya. Majlis berlangsung di Dewan Serbaguna Kg Batu Putih Baru, Sandakan. Acara bermula seawal jam 8 pagi lagi dengan orang ramai sudah mula memenuhi dewan. Warga sekitar diberi khidmat pemeriksaan kesihatan percuma oleh para pegawai kesihatan.

Seorang penduduk tempatan sedang mengukur ketinggian

Warga Sandakan membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma

Kehadiran berpuluh-puluh kenderaan dan motosikal dari beberapa persatuan permotoran menggamitkan majlis ketika itu. Mereka datang berhimpun untuk memberi sokongan padu terhadap KRSM dengan membawa semangat sukarelawan dan beramal bakti. Sekalung tahniah diucapkan kepada PROTON MOTOR (PROMO) CLUB SANDAKAN, KENARIANZ.COM.MY ZON SANDAKAN, SABAH BML COMMUNITY (SBC) dan beberapa kelab motosikal dan skuter kerana menjadi sukarelawan dan Skuad Ziarah Ramadhan.

Banner Promo Club digantung di dinding dewan tanda sokongan dan sepakat terhadap KRSMAhli SBC juga tidak ketinggalan untuk memberi sokongan kepada KRSM

Tak perlu pagar, tak perlu dinding untuk menggantung banner, di kereta sendiri sudah membuktikan sokongan yang amat padu diberikan kepada KRSM. Salute!

Sukarelawan Skuad Ziarah Ramadhan dengan bangganya memasang Jalur Gemilang di cermin kenderaan masing-masing.

Kehadiran Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin selaku Timbalan Menteri Kesihatan, merangkap Ketua Lembaga Penasihat PERSABAR dan juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO amat dinanti-nantikan bagi menandakan bermulanya Majlis Pelancaran Kempen Ramadhan Shahrul Musawwah.

Majlis dimulakan oleh ucapan aluan oleh Pengerusi Majlis, Sdra Fadhlil Azim Jamaluddin, selaku Setiausaha Kehormat PERSABAR

Diteruskan oleh ucapan aluan dari tuan rumah, Puan Suharni Mahamuddin selaku Pengerusi Penganjur dan Ketua Puteri UMNO Libaran

Seterusnya ucapan dan perasmian oleh YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin bagi melengkapkan majlis pelancaran Kempen Ramadhan Shahrul Musawwah

Penyerahan borang permohonan penubuhan Persatuan Ibu Tunggal & Tinggal Sandakan kepada wakil pendaftar pertubuhan

Penyampaian penajaan Inisiatif Pembangunan Skim Perniagaan Sosial kepada wakil Persatuan Ibu Tunggal & Tinggal Sandakan oleh YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Setelah selesai sesi penyerahan borang dan penajaan, acara yang amat ditunggu-tunggu adalah acara perlepasan Skuad Ziarah Ramadhan yang akan diiringi lebih 70 kenderaan dari pelbagai persatuan permotoran.

Datuk Rosnah sempat salam bercium tangan dengan salah seorang warga tua yang menghadiri majlis tersebut.

Datuk Rosnah ditermuramah media

Dari kiri: Sdr Fadhlil Azim Jamaluddin (Setiausaha Kehormat PERSABAR), Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Ketua Lembaga Penasihat PERSABAR), Hj Wan Mohd Nazri Wan Hassan (Yang DiPertua PERSABAR)

Puteri Libaran dan sukarelawan Skuad Ziarah Ramadhan tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama Ketua Puteri UMNO Libaran, Pn Suharni Mahamuddin dan YB Datuk Hj Zakaria Edris

Skuter-skuter ini bersedia untuk menyertai Skuad Ziarah Ramadhan

Pelekat Kereta Ziarah Ramadhan menandakan sukarelawan yang turut serta dalam Ziarah Ramadhan

"Pakcik nak ikut boleh? pakcik ada basikal je..."

Perlepasan Skuad Ziarah Ramadhan dilakukan oleh Datuk Rosnah dengan mengibarkan Jalur Gemilang

Skuad Ziarah Ramadhan mula bergerak dengan dikawal oleh polis trafik dihadapan

Destinasi pertama yang dituju adalah Sekolah Agama Rakyat (P) Nurul Ihsan. Rombongan ziarah disambut dengan anak-anak SAR beratus di kiri dan kanan jalan masuk sekolah. Mereka disambut dengan penuh kesyukuran.

Anak-anak Pesantren Nurul Ihsan menyambut kedatangan Skuad Ziarah Ramadhan

Adik-adik ini sungguh ceria dan gembira kerana mereka jarang mendapat pelawat yang sebegini ramai

Yang DiPertua PERSABAR, Hj Wan Mohd Nazri memberi kata semangat dan kata nasihat kepada adik-adik dari Sekolah Agama Rakyat Nurul Ihsan

6 buah komputer akan disumbangkan kepada Sekolah Agama Rakyat Nurul Ihsan

Sumbangan buku untuk perpustakaan Sekolah Agama Rakyat Nurul Ihsan

Untuk pengetahuan sekalian, persekolahan adik-adik ini serta bangunan sekolah adalah dibawah peruntukan Kerajaan Negeri Sabah. Tetapi asrama adik-adik ini tidak dibiayai oleh mana-mana pihak. Oleh yang demikian, mereka terpaksa menguruskan diri secara sendiri termasuklah memasak untuk mengalas perut harian mereka. Cuba anda bayangkan adik-adik yang berumur semuda 7 tahun untuk memasak sendiri makanan mereka. Apa agaknya yang mereka masak?

Keadaan asrama adik-adik SAR Nurul Ihsan

Walaupun mereka hidup dalam serba-serbi kekurangan, tetapi semangat mereka untuk berjuang dan mendapatkan ilmu patut dikagumi dan dicontohi

Kelihatan adalah dapur asrama, bersebelahan dengan tandas

Hallway asrama

Papan tanda baru yang telah dipasang oleh PERSABAR

Setelah puas beramah mesra dengan warga SAR Nurul Ihsan, Skuad Ziarah Ramadhan diteruskan ke destinasi seterusnya iaitu ke Hospital Duchess of Kent, melawat di wad bersalin dan wad kanak-kanak.

Yang DiPertua PERSABAR bergambar bersama Puteri UMNO Libaran dan sukarelawan Skuad Ziarah Ramadhan di dalam Hospital Duchess of Kent

Sukarelawan sedang menyediakan hamper buah-buahan untuk diberikan kepada pesakit-pesakit di wad

Selepas selesai ziarah wad bersalin dan wad kanak-kanak di Hospital Duchess of Kent, Skuad Ziarah Ramadhan berangkat ke destinasi yang terakhir iaitu Rumah Warga Tua Sri Harapan Sandakan.

Nenek ini amat gembira kerana ada yang masih mengambil berat tentang mereka di rumah orang-orang tua. Kadang-kadang kegembiraan itu mampu memberi seribu satu harapan walaupun seketika sahaja. Nenek ini pandai berpantun.

Kerinduan kepada sanak saudara yang berjauhan terubat jua apabila ada insan yang datang dan beramah mesra bersama walaupun hanya seketika

Walaupun tidak banyak berpetah, tatapi disebalik senyuman itu tersirat 1001 makna yang hanya empunya diri sahaja dapat memahami

Pakcik ini telah merantau ke bandar untuk mencari rezeki selama 30 tahun dan apabila mahu pulang ke kampung halaman, kampungnya sudah tiada. Tidak mampu untuk dijejaki walaupun saudara maranya juga. Maka tinggal la dia di rumah ini untuk menghabiskan sisa-sisa hidup bersama teman-teman yang dia anggap sudah seperti saudara

Pakcik ini apabila menerima sumbangan dari pihak Puteri UMNO, terus membuka bungkusan biskut itu dan makan sedikit demi sedikit sambil berbaring. Apakah yang sedang difikirkannya? Apakah rancangan masa depannya? Perlahan-lahan tangannya mencapai biskut itu dan memakannya satu persatu

Mereka amat ceria dan gembira apabila menerima kunjungan daripada Skuad Ziarah Ramadhan. Lihat sahaja pelbagai gelagat dan karenah dibuat oleh warga Rumah Warga Tua Sri Harapan

Raut wajah mampu memberi 1001 makna dan pengertian. Sanggupkah kita menghantar ibu bapa kita ke rumah orang-orang tua nanti? Mahukah kita menetap di rumah seperti ini apabila kita menjengah usia senja nanti?

Setelah selesai melawat Rumah Warga Tua Sri Harapan, Skuad Ziarah Ramadhan mendapat kesan yang amat mendalam di setiap sanubari yang ziarah dan menghabiskan masa bersama mereka yang menetap di sana. Hati yang penuh keinsafan terus menusuk bagaikan jarum peniti yang perlahan-lahan ditusuk dan setiap waktu bersama mereka akan menjadi kenangan yang mustahil lenyap dalam jiwa. Adakah dapat berjumpa lagi dengan mereka apabila Skuad Ziarah Ramadhan singgah semula pada tahun hadapan?

Skuad Ziarah Ramadhan sempat beriadah bersama kakitangan Rumah Warga Tua Sri Harapan. Keakraban jelas terpancar walaupun datang hanya seketika

Skuad Ziarah Ramadhan menamatkan misi ziarah pada jam 5.30 petang. Walaupun masing-masing keletihan tetapi mereka amat gembira dan puas hati dengan kembara ini. Mungkin sebelum ini mereka hanya lalu sahaja di lokasi-lokasi yang telah dilawati tanpa memikirkan apa yang sebenarnya berlaku di sana. Kini, dengan penuh keinsafan dan rendah diri, Skuad Ziarah Ramadhan telah mendapat pengalaman yang amat berharga dan memberi kepuasan diri apabila melakukan bakti dan amal sepanjang perjalanan. Semoga ini tidak terhenti setakat ini sahaj. Bakti harus diteruskan. Ramai lagi insan yang tidak bernasib baik di luar itu yang sentiasa menunggu ketibaan kita untuk mereka luahkan harapan dan sokongan.

Mari sama-sama kita hidupkan kembali semangat sukarelawan di antara kita dan berbaktilah serta beramal terutamanya di bulan Ramadhan Shahrul Musawwah.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s