Pelancaran Kempen Ramadhan Shahrul Musawwah Peringkat Kebangsaan

  1. Majlis pelancaran Kempen Ramadhan Shahrul Musawwah edisi 1432 Hijrah akan diadakan di Dewan Serbaguna, Kampung Batu Putih Baru, Sandakan, Sabah pada 26 Julai 2011.
  2. Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Pengerusi Lembaga Penasihat PERSABAR dan juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.
  3. Perasmian menandakan bermulanya Kempen Ramadhan Shahrul Musawwah (KRSM) di seluruh negara dan pelbagai program telah disusun bagi memberi peluang rakyat Malaysia untuk turut serta melakukan amal kebajikan sepanjang bulan yang sungguh mulia ini.
  4. Semasa majlis berlangsung, penyerahan borang permohonan penubuhan dan penyampaian Penajaan Inisiatif Pembangunan Skim Perniagaan Sosial kepada Persatuan Ibu Tunggal & Tinggal Sandakan serta penyampaian sijil penyertaan kepada NGO yang terlibat dalam menyertai program di bawah KRSM.
  5. Skuad Ziarah Ramadhan akan dilepaskan oleh YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang akan disertai oleh sebanyak 70 buah kenderaan dan 20 buah motosikal jenis skuter yang diiringi oleh pegawai Polis Trafik. Matlamat Program Ziarah Ramadhan adalah untuk melawat dan memberi bantuan kebajikan kepada golongan yang memerlukan. Beberapa lokasi sudah dikenalpasti semasa program ini dijalankan seperti lawatan ke Sekolah Agama Rakyat Kampung Tinusa 1, wad bersalin dan wad kanak-kanak Hospital Duchess of Kent Sandakan, dan melawat ke rumah warga tua Ceshire Home, Jalan Sibuga.
  6. Ziarah Ramadhan seterusnya akan diteruskan ke seluruh Semenanjung Malaysia pada 1 Ramadhan sehingga 17 Ramadhan dan berakhir di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semasa program Tadarus Perdana dan Iftar Perdana (tentatif).
  7. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila hubungi En Mar Izwan di talian 017-6679272 atau mar@baktiramadhan.org

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s