Setinggi Penghargaan

Bersempena Majlis Pelancaran Kempen Ramadhan Shahrul Musawwah yang baru diadakan di Sandakan pada 26 Julai 2011 yang lepas, pihak PERSABAR ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan tahniah kepada beberapa pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sehingga menjadikan program sepanjang hari itu sukses:

  1. Puan Musliati Moslimin selaku Ketua Puteri UMNO Sabah
  2. Puan Suharni Mahamuddin selaku Ketua Puteri UMNO Libaran
  3. Puteri-puteri UMNO Sandakan dan Libaran yang tak kenal penat dan lelah dalam membuat persediaan majlis dan perjalanan program pada hari itu.
  4. YB Datuk Hj Zakaria Edris selaku YB N41 Gum-Gum
  5. Kelab-kelab permotoran yang menjadi sukarelawan Skuad Ziarah Ramadhan iaitu Proton Motor Club Sandakan, Sabah BLM Community, Kenarianz.com.my Zon Sandakan dan kelab motor skuter yang menyertai dari awal lagi iaitu dari Sekolah Agama Rakyat (P) Nurul Ihsan, Hospital Duchess of Kent dan akhirnya ke Rumah Wagra Tua Sri Harapan. Keringat anda amat kami hargai dan sanjungi.

Semoga setiap usaha kita akan diberkati dan dirahmatiNya. Jangan kita hentikan usaha murni itu sampai setakat hari itu sahaja. Teruskan langkah untuk membuat bakti amal kebajikan kepada mereka yang memerlukan. Masih ramai di luar sana yang memerlukan perhatian dan sokongan dari kita. Jangan kita abaikan mereka dan jangan sekali-kali kita jauhi mereka.

Puteri-puteri UMNO Libaran yang tidak lokek menyumbangkan tenaga dan masa demi kesejahteraan masyarakat sekitar

Pengorbanan anda memberi sinar harapan kepada mereka yang hilang harapan. Kami akan bawa semangat anda pulang ke Semananjung.

Leave a comment