Dapur Ramadhan

Alhamdulillah sudah selesai Dapur Ramadhan edisi pertama yang diadakan pada petang tadi. PERSABAR telah mengagihkan bungkusan makanan kepada kakitangan-kakitangan Stesen TV AlHijrah di Pusat Islam berhampiran Masjid Negara. Wajah yang cukup ceria tanda kesyukuran terpampang pada mereka yang menerima juadah yang disediakan.

Setiausaha Kehormat PERSABAR, Sdra Fadhlil Azim memberi bungkusan makanan berbuka puasa kepada kakitangan stesen TV AlHijrah

En Zainal Rashid, Pengurus Besar Majalah & Dokumentari TV AlHijrah turut sama membantu mengagihkan makanan

En Amin Idris, pengacara TV AlHijrah turut tidak ketinggalan menerima juadah berbuka ini.

Pengerusi Kempen Ramadhan Shahrul Musawwah, Sdra Mar Izwan Marzuki memberikan juadah berbuka puasa kepada kakitangan di dalam konti TV AlHijrah

Seterusnya, PERSABAR meneruskan ke lokasi berikutnya di tengah-tengan bandaraya Kuala Lumpur iaitu berhampiran LRT Masjid Jamek. Sebaik sahaja bungkusan makanan dibawa keluar dari kenderaan, beberapa orang sudah menunggu berhampiran kami untuk menerima juadah tersebut. Kami tidak sempat untuk memasukkan setiap makanan di dalam beg plastik memandangkan sudah ramai yang berkerumun sekitar kami. Kami terus agihkan makanan-makanan kepada mereka.

Pegawai PERSABAR, Sdra Ahmad Hafizal dan sukarelawan PERSABAR, Sdra Amirudin sibuk memberikan juadah berbuka kepada orang awam

Kami sempat mengambil beberapa bungkusan makanan dan berjalan di sekitar sana untuk memberikan juadah tersebut kepada mereka yang tidak berkemampuan.

Kesemua bungkusan makanan berjaya diagihkan tidak sampai 15 minit. Terdapat juga insiden kecil iaitu tolak-menolak antara mereka sehingga hampir mencetuskan pergaduhan. Begitulah ragam mereka yang ingin mendapatkan sedikit rezeki demi mengalas perut. Kami agak terkilan kerana tidak mampu untuk membawa lebih banyak lagi bungkusan makanan untuk diagihkan kepada warga kota. Semoga Dapur Ramadhan akan datang akan dibuat dengan lebih besar dengan menerima lebih banyak sumbangan dari anda semua. Bersedekahlah agar mereka yang tidak berkemampuan dan yang berjuang hidup di kota metropolitan ini dapat menikmati makanan yang sempurna terutamanya di Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s