Majlis Tadarus Infaq di Institut Hafiz Klang

PERSABAR dengan kerjasama Institut Hafiz Klang telah menganjurkan Majlis Tadarus Infaq pada 25 Ramadhan 1432H (Khamis) di institut tersebut. Seramai 360 tahfiz membentuk 30 halaqah telah mengadakan tadarus yang bermula jam 3.30 petang.

Beginilah suasananya sebelum bermulanya Tadarus Infaq

Sdra Azim Jamaluddin, Setiausaha Kehormat PERSABAR menyampaikan kata-kata aluan sebelum bermulanya Tadarus Infaq

Orang ramai telah memberikan sumbangan untuk bacaan-bacaan ayat suci Al-Quran dan tahlil disedekahkan kepada arwah-arwah keluarga terdekat waris dan nama-nama arwah dibacakan satu persatu sebelum bermulanya Tadarus Infaq.

Selepas selesai tadarus, diteruskan dengan solat Asar secara berjemaah. Pelajar-pelajar tahfiz ini amat mementingkan adab dan tertil bersolat. Tapak kaki antara jemaah dirapatkan sehingga kulit bertemu kulit. Begitu juga bahu setiap jemaah. Jika semasa solat terdapat ruang antara jemaah, mereka akan bergerak secara tertib dan merapatkan kembali saf yang terputus tadi. Begitulah didikan para ustaz dan ustazah di Institut Hafiz Klang. Setiap kelakuan dan tindakan diajar bagaimana untuk menjaga adab dan tingkahlaku. Bukan sahaja adab ketika bersolat, malah disiplin itu juga dibawa di luar solat.

Majlis diteruskan dengan Khatam Al-Quran. Imam akan membacakan surah-surah di penghujung juzuk 30 dan pelajar-pelajar tahfiz membaca bersamanya.

Majlis diteruskan pula dengan tahlil arwah yang telah disenaraikan

Uztaz Hafiz menyampaikan tazkirah ringkas, memberi peringatan kepada para pelajar sebelum bermulanya cuti persekolahan

Ustaz Hafiz bergambar bersama Setiausaha Kehormat PERSABAR, Sdra Azim dan Yang diPertua PERSABAR, Tn Hj Wan Mohd Nazri

Para pelajar bersedia untuk berbuka puasa

Apa yang jelas, semangat mereka untuk mendalami ajaran Allah amat tinggi. Sejak di bangku sekolah mereka telah diasah dan diajar Bahasa Arab, memahami maksud dan tafsir Al-Quran, mereka mampu untuk menghafaz Al-Quran dan sebagainya. Ustaz Hafiz itu sendiri adalah hasil didikan dari Institut Hafiz Klang sendiri. Sungguh petah dan lancarnya beliau ketika memberi tazkirah dengan mengeluarkan beberapa potong ayat suci Al-Quran mengikut kesesuaian perkara yang ingin disampaikan. Semoga mereka menjadi sorang hafiz yang agung dan hebat!

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s