Tadarus Infaq

Assalamualaikum,

Kepada mereka yang mahu memberi sumbangan atau niat utk memberi sedekah bacaan Al-Quran kepada arwah-arwah keluarga atau saudara mara, bolehlah berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan ke akaum AmBank Islamic PERSABAR 0742022006387. Sila berikan nama penuh pengirim berserta alamat dan juga nama penuh arwah yang ingin disedekahkan bacaan Al-Quran.

Tadarus Al-Quran ini akan dibaca oleh lebih 300 pelajar tahfiz dari Institut Hafiz Klang dan akan diadakan juga majlis iftar (berbuka puasa), tahlil dan bersolat terawih. Sumbangan minimum RM300 bagi kesemua majlis tersebut.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Mar Izwan di talian 017-6679272 atau email kepada mar@baktiramadhan.org.

Wassalam

Infaq Dari Anda

PERSABAR memohon kepada semua pihak yang mempunyai kelebihan rezeki untuk sama-sama membuat amal kebajikan di bulan yang penuh barakah ini dengan menginfaq wang ringgit anda seberapa yang ikhlas. Ramai lagi di luar sana yang masih memerlukan sokongan dan bantuan dari segi makanan, persekolahan, dan perbelanjaan harian. Kami juga mengalu-alukan sumbangan anda yang ingin memberi sedekah bagi meraikan jemaah-jemaah umrah seluruh dunia yang berada di Masjidil Haram. Kami akan menyediakan juadah berbuka (iftar) kepada mereka di sana. Untuk keterangan lanjut boleh lihat di sini.