Ramadhan Shahrul Musawwah

PERSABAR ditubuhkan dengan matlamat menggalakkan umat Islam menghayati bulan Ramadhan sebagai bulan ibadat dan juga bulan kebajikan bagi membantu golongan yang tidak bernasib baik.

Bersempena dengan bulan Ramadhan 1432 Hijrah, PERSABAR melancarkan kempen khas yang dinamakan KEMPEN RAMADHAN SHAHRUL MUSAWWAH yang bermaksud Ramadhan Bulan Kesamarataan ataupun Bulan Keprihatinan.

Ibadat puasa yang merupakan ibadat khusus yang diwajibkan kepada semua umat Islam sepanjang bulan Ramadhan telah meletakkan setiap umat Islam sama ada yang kaya atau miskin, golongan berdarjat ataupun golongan marhaen sebagai sama dan setaraf di sisi Allah S.W.T.

Bersesuaian dengan nama Kempen Ramadhan Shahrul Musawwah tersebut, pelbagai program telah dirangka ke arah mengimarahkan bulan Ramadhan. Antaranya ialah Ziarah Ramadhan, Dapur Ramadhan, Tadarus Perdana, Iftar Perdana, Madrasah Ramadhan, Iftar Mekah, Tabung Infaq Ramadhan dan Ramadhan Raya 1Malaysia.

Kesemua program tersebut dirancang khusus untuk mentransformasikan penghayatan bulan Ramadhan di Malaysia yang lazimnya terbatas kepada solat terawih, majlis berbuka puasa dan tadarus sahaja dengan merangkumi juga kerja-kerja kebajikan dan sukarelawan yang berupaya menyelesaikan permasalahan ummah yang miskin dan terpinggir dalam masyarakat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s