Tadarus Infaq

Bersempena dengan sambutan Nuzul Quran di dalam bulan Ramadhan pada tahun 1432H ini, PERSABAR akan menganjurkan Program Tadarus Al-Quran pada 25 Ramadhan 1432H bersamaan 25 Ogos 2011 bertempat di Institut Hafiz Klang.

Objektif penganjuran program ini adalah bagi mentransformasikan penghayatan Bulan Ramadhan untuk menggalakkan umat Islam menghayati bulan Ramadhan sebagai bulan ibadat dan sebagai bulan kebjikan dan keprihatinan kepada Umat Islam dan sesama manusia. Di samping itu, PERSABAR turut ingin memperbanyakkan aktiviti dan program dakwah dan tarbiyah yang tersusun dan meluas sepanjang bulan Ramadhan.

Konsep Program

Program Tadarus Infaq ini akan menghimpunkan sejumlah 300 orang Tahfiz bagi melengkapkan pembacaan Al-Quran dalam masa satu (1) hari. Bagi menyempurnakan majlis tadarus ini, setiap pembaca akan dipertanggungjawabkan untuk bertadarus Al Quran dalam 30 halaqah dan disempurnakan secara tertil surah-surah Al-Quran yang ditugaskan kepada mereka.

Sesuai dengan nama program Tadarus Infaq, PERSABAR ingin menggalakkan pihak syarikat korporat dan individu yang ingin menginfaqkan wang ringgit dan barangan dalam bentuk tajaan khususnya bagi Institut Hafiz Klang dan untuk melengkapkan misi kebajikan PERSABAR.  Para penderma yang budiman boleh mensedekahkan bacaan Al-Quran ini bagi tujuan amal kebajikan.

Selain daripada itu, kutipan derma ikhlas turut diadakan bagi mereka yang ingin menyumbang di dalam bulan Ramadhan. Bagi tujuan ini, PERSABAR bersama beberapa pertubuhan NGO yang bernaung di bawah Kumpulan Taman Harapan akan melancarkan kempen menerusi hebahan media massa melalui TV Alhijrah (media rasmi Kempen Ramadhan Shahrul Musawwah) dan secara dalam talian melalui laman sesawang http://www.baktiramadhan.org .

Tentatif Program

Tarikh            : 25 Ramadhan 1432H / 25 Ogos 2011
Tempat         : Institut Hafiz Klang
Masa             : 8.00pagi hingga 10.00 malam

PERSABAR mengalu-alukan sumbangan dan tajaan dari anda semua bagi memastikan perjalanan majlis menjadi lebih lancar disamping dapat beramal di bulan yang mulia ini. Nilai sumbangan adalah sebanyak RM300, merangkumi;

  1. Memberi sedekah bacaan Al-Quran kepada saudara-mara dan ahli keluarga yang sudah meninggal yang akan dibacakan oleh hafiz-hafiz dari Institut Hafiz Klang.
  2. Bersedekah bagi majlis iftar pada hari tersebut.
  3. Bersedekah pada majlis tahlil arwah dengan memberi nama saudara-mara dan ahli keluarga yang ingin disenaraikan di dalam tahlil tersebut.

Sila hubungi Sdra Mar Izwan di talian 017-6679272 atau hubungi pejabat PERSABAR di talian 03-6185 4305 jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut.

One thought on “Tadarus Infaq

  1. Pingback: Program PERSABAR | PERTUBUHAN SUKARELAWAN AMAL BAKTI RAMADHAN (PERSABAR)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s