Ziarah Ramadhan

Ziarah Ramadhan merupakan satu wadah perjuangan dalam membentuk satu persepsi baru kepada proses menghayati amalan dan suruhan Allah khususnya di dalam bulan Ramadhan. Ianya merupakan satu pengembaraan ke seluruh pelusuk Malaysia membantu golongan yang kurang bernasib baik dan menyuburkan semangat kesukarelawan di kalangan umat Islam bersesuaian dengan pengikhtirafan bahawa Ramadhan adalah bulan simpati dan bulan kesabaran.

Program ini diharapkan akan memberi impak positif bukan hanya kepada golongan yang memerlukan tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya bagi mereka yang berpuasa di bulan Ramadhan.

Ziarah Ramadhan telah memulakan langkah pada 26 Julai 2011 selepas pelancaran Kempen Ramadhan Shahrul Musawwah di Sandakan. Ziarah satu hari itu telah melawat beberapa lokasi seperti Sekolah Agama Rakyat (P) Nurul Ihsan, Hospitak Duchess of Kent dan Rumah Warga Tua Sri Harapan Sandakan. Skuad Ziarah Ramadhan mengenalpasti perkara-perkara yang dapat dibantu dari segi kebajikan mereka dan kami akan kembali ke sana bagi mengikuti perkembangan mereka.

Semasa bulan Ramadhan, Skuad Ziarah Ramadhan akan ke beberapa lokasi sekitar Semenanjung Malaysia dengan misi mengenalpasti golongan-golongan yang akan dibantu yang memenuhi fokus matlamat kebajikan PERSABAR. Maklumat dan input dari orang ramai amatlah dialukan agar PERSABAR bersama para sukarelawan dapat menziarah dan berusaha untuk menyumbangkan sebarang bentuk pertolongan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s