Matlamat

Bersempena dengan sambutan bulan Ramadhan 1432 Hijrah, Pertubuhan Sukarelawan Amal Bakti Ramadhan Malaysia (PERSABAR) bakal melancarkan kempen khas yang dinamakan Kempen Ramadhan ShahrulMusawwah yang bermaksud Ramadhan Bulan Kesamarataan dan Bulan Keprihatinan. Program ini diadakan bagi menggalakkan umat Islam menghayati bulan Ramadhan sebagai bulan ibadat dan juga bulan kebajikan bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik. Kesemua program yang akan dijalankan di dalam kempen ini dirancang khusus bagi mentransformasikan penghayatan bulan Ramadhan di Malaysia yang lazimnya terbatas kepada solat terawih, majlis berbuka puasa dan tadarrus untuk turut merangkumi kerja-kerja kebajikan dan sukarelawan yang berupaya menyelesaikan permasalahan ummah yang miskin dan terpinggir di dalam Masyarakat.

Objektif Utama Kempen Ramadhan Shahrul Musawwah:

Mengumpul dana bagi tujuan kebajikan

  • Dana Pembangunan Taman Harapan
    Taman Harapan merupakan satu konsep pembangunan hartanah berteraskan kebajikan dan diinspirasikan daripada perjuangan isteri Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Sri Rosmah Bt Mansor yang sentiasa komited dan ikhlas membantu pelbagai pertubuhan kebajikan di Malaysia. Taman Harapan merupakan sebuah penempatan yang akan menghimpunkan pelbagai NGO berlainan kepentingan seperti rumah anak yatim, kanak-kanak istimewa, ibu tunggal, golongan kelainan upaya dan lain-lain lagi. Taman Harapan juga akan menyediakan beberapa kemudahan asas seperti pusat kesihatan, pusat dialisis, pusat ibadat, asrama dan lain-lain bagi penghuni di Taman Harapan. Selain daripada itu, Taman Harapan akan menjadi sebuah pusat sehenti bagi aktiviti amal kebajikan dan juga sebagai pusat kegiatan masyarakat. Sila layari laman web Taman Harapan untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
  • Sumbangan kepada Masyarakat Islam di luar negara.
    Hasil sumbangan yang berjaya diperolehi daripada Kempen Ramadhan Shahrul Musawwah juga akan disalurkan kepada masyarakat Islam di luar negara. PERSABAR mensasarkan untuk menyampaikan sumbangan kepada komuniti di negara seperti Laos, Myanmar, Vietnam, Pakistan, Timor Leste dan Bosnia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s