Tentang PERSABAR

Pertubuhan Sukarelawan Amal Bakti Ramadhan Malaysia atau PERSABAR ditubuhan bagi menggalakkan umat Islam menghayati Bulan Ramadhan sebagai Bulan Ibadat dan sebagai Bulan Kebajikan dan Keprihatinan kepada umat Islam dan sesama manusia. Selain daripada itu PERSABAR bertangungjawab untuk mewujudkan aktiviti-aktiviti dan program-program dakwah dan tarbiyah yang tersusun dan meluaskan sepanjang sebulan Bulan Ramadhan melalui program yang disusun oleh pertubuhan dengan mendapatkan kebenaran dari pihak berkuasa yang berkenaan terlebih dahulu.

Jesteru itu PERSABAR akan memakmurkan Bulan Ramadhan dengan aktiviti-aktiviti kebajikan amal jariah bagi golongan yang tidak bernasib baik, menggalakkan budaya sukarelawan di kalangan umat Islam dalam usaha menghayati dan melipat gandakan ibadat di Bulan Ramadhan dengan memberikan harapan atau bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik di kalangan rakyat Malaysia.

Mengubah cara penghayatan Bulan Ramadhan yang lazim diamalkan di Malaysia dengan meluaskan amalan ibadat seperti Solat tarawih, Tadarus kepada amalan-amalan kebajikan sesama insan sepanjang Bulan Ramadhan. PERSABAR juga akanMenubuhkan pasukan sukarelawan yang akan melaksanakan pelbagai kerja kebajikan dalam Bulan Ramadhan setiap tahun serta mengumpulkan dana bagi tujuan kebajikan yang ditetapkan oleh pertubuhan.

Sila layari laman web rasmi PERSABAR bagi mengetahui dengan lebih lanjut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s