Iftar Mekah

PERSABAR dengan kerjasama Haji & Mu’tamer’s Gift Charity Association of Makkah (www.hajigift.org) telah berjaya menjalankan program Iftar Mekah. Sumbangan dermawan-dermawan di Malaysia telah diserahkan kepada pihak di Mekah untuk penyediaan juadah iftar (berbuka puasa) untuk meraikan jemaah-jemaah umrah di Masjidil Haram.

Hj Rahim berbincang berkenaan Iftar Mekah dengan Presiden Haji & Mu'tamer's Gift Charity Association Makkah, Sheikh Mansoor.

Penyerahan sumbangan kepada Sheikh Mansoor untuk penyediaan juadah berbuka puasa kepada jemaah umrah

Iftar Mekah akan dijalankan sekali lagi oleh PERSABAR pada penghujung Ramadhan. Kepada mereka yang mahu menyumbang untuk Iftar Mekah, peluang anda masih terbuka.

Contoh-contoh barangan yang akan disumbangkan kepada jemaah Haji dan Umrah

Hj Rahim bersama wakil Haji & Mu'tamer's Gift Charity Association of Makkah di Masjidil Haram

Galeri gambar dari http://www.hajigift.org yang memaparkan suasana berbuka puasa yang dijalankan oleh Haji & Mu'tamer's Gift Charity Association

Advertisements

PERSABAR di rancangan Assalamualaikum

Sekali lagi PERSABAR ke udara di dalam rancangan Assalamualaikum terbitan TV AlHijrah pagi tadi. Kali ini, Pengarah Kempen Ramadhan Shahrul Musawwah, Sdra Mar Izwan Marzuki menjadi tetamu dan membincangkan tentang perkembangan Ziarah Ramadhan dan Iftar Mekah yang akan dijalankan tidak lama lagi. Alhamdulillah, sumbangan dari orang ramai masih kami terima bagi menjalankan Dapur Ramadhan dan Iftar Mekah.

Mar Izwan bersama Shahrul Faizie dan Irma Hasmie selaku pengacara rancangan Assalamualaikum

Semasa bersiaran, kami menerima panggilan dari Puan Fatimah Mahmud dari Teluk Kemang ingin memohon bantuan kepada anak saudara yang sedang dijaga olehnya yang berumur 16 tahun kerana menurut Puan Fatimah sudah tidak menerima bantuan Baitulmal atau pun JKM. Boleh hubungi Mar Izwan di talian 017-667 9272 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Puan Fatimah.

Sebaik sahaja selesar bersiaran, kami mendapat pesanan teks dari seorang hamba Allah yang mahu memberi sumbangan untuk membeli sebuah mesin jahit yang akan diberikan kepada Asrama Kebajikan Anak-Anak Yatim Sekendi. Alhamdulillah, semoga sumbangan ini akan diberkati dan dirahmati Allah SWT. Untuk pengetahuan pembaca, Asrama Kebajikan Anak-Anak Yatim Sekendi memerlukan beberapa mesin jahit untuk memberi peluang kepada anak-anak yatim di sana khususnya anak-anak yatim perempuan untuk belajar menjahit dan seterusnya mampu untuk menyediakan perkhidmatan jahitan pakaian sebagai salah satu sumber pendapatan.

Oleh yang demikian, kepada anda yang mahu menyumbang, boleh hubungi Mar Izwan di talian 017-667 9272 atau email mar@baktiramadhan.org atau hubungi pejabat PERSABAR di talian 03-6185 4305. Dengan izin Allah, PERSABAR akan ziarah sekali lagi ke Asrama Kebajikan Anak-Anak Yatim Sekendi pada Ahad, 21 Ogos 2011 untuk menyerahkan mesin jahit dan beriftar bersama mereka. Kepada anda yang mahu menyertai Ziarah Ramadhan ini, kami amat mengalu-alukan penglibatan anda.

Alhamdulillah…

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberi rahmat ke seluruh alam.

Semenjak PERSABAR muncul di rancangan Assalamualaikum terbitan TV AlHijrah setiap hujung minggu bermula dari minggu lepas, kami mendapat banyak panggilan yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai PERSABAR dan bagaimana untuk memberi sumbangan. Kami amat terharu dengan kesungguhan anda untuk membantu mereka yang memerlukan sokongan dan bantuan dari anda.

Kepada anda yang ingin menambahkan ganjaran dan pahala di bulan yang penuh barakah ini, dan ingin memberi sumbangan bolehlah berbuat demikian:

Ambank Islamic 0742022006387 (cek atas nama ‘Pertubuhan Sukarelawan Amal Bakti Ramadhan Malaysia’ atau ‘PERSABAR’)

Sila faks atau emailkan slip kepada sumbangan@baktiramadhan.org atau di talian 03-6185 4305.

Sila nyatakan juga program yang mana satu untuk disumbangkan. Cth: Dapur Ramadhan, Iftar Mekah, Iftar Prihatin, Ziarah Ramadhan atau umum sahaja.

Sila hubungi wakil PERSABAR, sdra Mar Izwan 017-667 9272 atau sdra Azim 010-435 7776

Sumbangan anda amat kami hargai. Semoga Ramadhan tahun ini menjadi bulan ibadah yang luar biasa bagi kita semua dan memberi sinar harapan baru bagi mereka yang memerlukan bantuan dan sokongan.

PERSABAR di Rancangan Assalamualaikum terbitan TV AlHijrah

Sekali lagi PERSABAR ke udara di dalam rancangan Assalamualaikum pagi tadi. Kali ini dua wakil dari PERSABAR iaitu Sdra Ahmad Hafizal dan Sdra Amirudin akan membincangkan mengenai aktiviti Dapur Ramadhan yang telah dibuat pada Rabu lepas serta perkembangan Kempen Ramadhan Shahrul Musawwah. Terima Kasih sekali lagi kepada TV AlHijrah kerana memberi ruang kepada PERSABAR untuk menghebahkan Kempen Ramadhan Shahrul Musawwah dan PERSABAR mengalu-alukan sumbangan dari orang ramai agar aktiviti-aktiviti kebajikan yang dijalankan menjadi lebih sukses dan bermakna.

PERSABAR di rancangan Assalamualaikum terbitan TV AlHijrah

Pagi tadi PERSABAR sekali lagi ke udara buat kali kedua di dalam rancangan Assalamualaikum terbitan stesen TV AlHijrah. Kali ini dua wakil dari PERSABAR iaitu En Mar Izwan Marzuki selaku Pengarah Kempen Ramadhan Shahrul Musawwah (KRSM) dan Hj Abdul Rahim Abdullah selaku Ketua Perhubungan Antarabangsa menjadi tetamu dalam rancangan tersebut. Kali ini kami membincangkan mengenai dua program yang akan dijalankan di bawak KRSM iaitu Dapur Ramadhan dan Iftar Mekah. InsyaAllah kami akan muatnaik video rakaman tersebut dalam waktu terdekat.

Sebelum ke udara bersama ketiga-tiga pengacara rancangan Assalamualaikum; Sdra Shafiq, Sdri Irma dan Sdra Shahrul

Bersama Sdra Adam Corrie dan isteri selepas tamat rancangan Assalamualaikum