Sisi Ramadhan – Pn Sharifah Adlan (Mak Pah)

Sisi Ramadhan oleh Pn Sharifah Adlan atau lebih mesra dengan panggilan Mak Pah. Mak Pah merupakan pengasas dan penjaga Rumah Titian Kaseh dan salah satu pertubuhan yang menyertai Taman Harapan. Video ini diambil semasa Majlis Iftar Prihatin yang baru sahaja diadakan pada 14 Ogos di Hotel Concorse Shah Alam.

Iftar Prihatin di Hotel Concorde Shah Alam, 14 Ogos 2011

PERSABAR dengan kerjasama NGO-NGO yang lain akan anjurkan Iftar Prihatin di Hotel Concorde Shah Alam bagi meraikan 200 anak-anak yatim disamping pemberian sumbangan raya kepada mereka. Majlis ini turut dihadiri oleh isteri Perdana Menteri Malaysia, YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Kanak-kanak dari Permata Negara juga turut adakan persembahan pada malam itu.

Kepada mana-mana individu atau syarikat korporat yang mahu memberikan sumbangan atau menaja pembelian meja, sila hubungi Sdra Mar Izwan di talian 017-6679272 atau emailkan ke mar@baktiramadhan.org. Sokongan dan bantuan anda semua amat dialu-alukan.

Bagi mereka yang menghulurkan sumbangan atau tajaan, anda dijemput sebagai tetamu pada majlis ini. Sumbangan ‘mock cheque’ akan diserahkan kepada YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor dan dapat beramah-mesra dengan anak-anak yatim dan tetamu-tetamu yang hadir.

Jangan lepaskan peluang ini dan berbanyaklah melakukan amal kebajikan sepanjang bulan Ramadhan. Sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan ganjaran yang tinggi di dalam bulan yang penuh barakah ini.