Taman Harapan

Taman Harapan merupakan satu konsep pembangunan hartanah pertama di Malaysia yang menjadikan matlamat kebajikan sebagai matlamat utama pembangunan tersebut.

Taman Harapan akan menempatkan pelbagai pertubuhan dan institusi kebajikan yang memperjuangkan penyelesaian isu-isu kebajikan dan kemasyarakatan di Malaysia.

Taman Harapan akan dibangunkan di atas sebidang tanah seluas 5.9 ekar di Salak Tinggi, Selangor Darul Ehsan.

Antara objektif pembangunan Taman Harapan adalah untuk mewujudkan penempatan berpusat untuk pertubuhan kebajikan bagi menjamin masa depan yang lebih baik kepada masyarakat Malaysia dengan memperkasakan pertubuhan-pertubuhan kebajikan yang dikenalpasti komited melaksanakan usaha-usaha kebajikan mereka.

Penubuhan Taman Harapan juga akan membantu pertubuhan-pertubuhan kebajikan yang ditempatkan di Taman Harapan bagi menggabungkan segala sumber manusia dan aset milik mereka ke arah merealisasikan mesej kebajikan dan kemanusiaan dalam menghasilkan keseimbangan dan keadilan sosial dalam masyarakat kita.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Taman Harapan, sila layari laman web Taman Harapan www.tamanharapan.org.my atau muat turun kertas konsep Taman Harapan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s