Ramadhan Raya 1Malaysia

Program ini akan memberikan peluang kepada kanak-kanak bukan beragama Islam mengalami pengalaman berpuasa dan berhari raya bersama-sama masyarakat Islam. Matlamat program ini ialah untuk memberikan kanak-kanak Malaysia memahami dan menghargai pelbagai adat resam, budaya dan agama yang terdapat di Malaysia atas semangat Satu Malaysia.

Kanak-kanak dari masyarakat bukan Islam yang terpilih menyertai program ini akan dijemput kerumah-rumah masyarakat Islam sehari sebelum Hari Raya untuk memberikan mereka peluang berpuasa dan seterusnya menyambut Hari Raya Aidilfitri keesokan harinya.

Inisiatif penganjuran program seperti ini pernah dibuat oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan berjaya mewujudkan persefahaman dan penghargaan budaya di antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Leave a comment