Keutamaan Bersedekah

Antara ganjaran besar yang dijanjikan oleh Allah pada bulan Ramadhan adalah dengan melakukan sedekah. Amalan ini memang dituntut kerana ini sepetatunya akhlak seorang mukmin, iaitu sebagai seorang dermawan.

“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Memberi, Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk” (Hadith Riwayat Al Baihaqi, disahihkan Al Albani dalam Shahihul Jami’)

“Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Tangan di atas adalah orang yang memberi dan tangan yang di bawah adalah orang yang meminta” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Banyak keutamaan dan balasan yang menakjubkan dari Allah Ta’ala bagi mereka yang suka bersedekah. Malangnya kini ramai umat Islam tidak mengambil kesempatan dari ganjaran yang telah dijanjikan dan lebih mementingkan kelebihan duniawi dan juga kepentingan diri sendiri.

Di antara keutamaan bersedekah ialah:

1. Sedekah dapat menghapuskan dosa

2. Orang yang bersedekah akan mendapatkan naungan di hari akhirat kelak.

3. Sedekah memberi keberkatan pada harta yang dimiliki.

4. Allah melipatgandakan pahala orang yang bersedekah.

5. Terdapat pintu syurga yang hanya dapat dimasuki oleh orang yang bersedekah.

6. Sedekah akan menjadi bukti keimanan seseorang.

7. Sedekah dapat membebaskan dari siksa kubur.

8. Sedekah dapat mencegah peniaga dari melakukan kemungkaran dalam jual-beli

9. Orang yang bersedekah merasakan dada mereka lapang dan hati yang tenang.

Marilah kita membanyakkan melakukan amalan bersedekah; tidak kira kita memberi sedekah kepada masjid atau surau, kepada anak yatim mahu pun kepada fakir miskin. Ini adalah amalan sunah Rasulullah s.a.w. Baginda akan menggandakan amalan bersedekah kerana Baginda tahu akan ganjaran yang amat besar semasa bulan Ramadhan.

Kempen Ramadhan Shahrul Musawwah amat menggalakkan amalan bersedekah kerana maksud Shahrul Musawwah itu sendiri adalah bulan kesamarataan dan juga bulan keprihatinan. Jadikan bulan Ramadhan sebagai bulan yang akan menginsafkan kita. Dengan keizinanNya, kita akan menjadi insan yang terbaik dan hebat.

 

Leave a comment